Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan hasil soal siasat terhadap suspek utama mendapati mereka dipercayai melakukan rusuhan berkenaan kerana ditahan begitu lama di dalam ruangan atau tempat yang tidak selesa.<br /><br />Bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan isu kematian seorang banduan sehari sebelum kejadian, menjadi satu titik permulaan atau pencetus kepada kejadian rusuhan dan lolos yang berlaku pada 4.30 pagi, Rabu lalu.
